KOLOKIUM PROJEK PENYELIDIKAN AKHIR 2 SESI 2023/2024 FAKULTIBIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Kolokium projek penyelidikan akhir merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) untuk para pelajar tahun akhir FBKT di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Melalui kolokium ini, para pelajar tahun akhir akan membentangkan hasil kajian dan projek penyelidikan yang telah mereka jalankan melalui program ini.

Pada 13-15 Februari 2024 bertempat di perpustakaan Kampus Jeli, Universiti Malaysia Kelantan telah berlangsungnya Kolokium projek penyelidikan akhir 2 sesi 2023/2024. Seramai 235 orang pelajar tahun akhir dari 3 program iaitu Teknologi Sumber Hutan (SHE), Teknologi Bahan (SEB) dan Teknologi Bioindustri (SBT) telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dari pelbagai bidang. Tujuan Kolokium ini diadalah adalah untuk menghimpunkan dan sesi perkongsian ilmu di antara para penyelidik dan pelajar tahun akhir dari pelbagai bidang bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan akademik. Ia juga diharapkan dapat mewujudkan peluang untuk menyumbang kepada penemuan saintifik dan penghasilan produk inovasi baharu dalam menjana kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.